Sunday 30 August 2015

Sekadar Berlagu..

Baca tanpa memahami..


Gambar hiasan


Bertahun-tahun saya hanya membaca al-Quran tanpa memahami maksudnya. Hanya sekadar berlagu dan menjaga tajwid. Rasanya ramai yang seperti saya malah lebih baik lagi pandai melagukan dan mungkin juga menghafal.

Sejak bulan Mei lepas saya dipertemukan dengan kelas al-Quran Tafsir di mana ahli kelas ni perlu membaca tafsir cover to cover tanpa skip. Bacaan yang round pertama dan kedua hanya sekadar baca dan belum difahami. Apabila dah masuk round ketiga, saya sudah mula sedikit faham apa yang terkandung dalam al-Quran, does and don't. Bagaimana perkaitan setiap surah. Semua ini di bawah bimbingan ustaz. Kalau baca sendiri tak berguru juga rasanya agak sukar sebab kita memerlukan penerangan pada ayat yang kita kurang faham

Syukur sangat bila Allah bukak peluang untuk saya bersama group al-Quran Tafsir ni kerana pada saya ini adalah satu rahmat.

Percayalah..Rasa tu akan jadi berbeza apabila kita membaca dan memahami maksud dan berguru daripada sekadar membaca tanpa memahami, hanya sekadar berlagu.

Apa-apa pon, saya masih baru dan dalam proses mengenal al-Quran. Terlalu banyak yang saya perlu belajar. Banyak sangat...

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Sihat dengan vitamin semulajadi